Wednesday, May 6, 2009




aku di lautan



hidup ini tak pernah sesekali menikmati kesenangan,walau sedetik saat berlalu..,keimanan mengajar aku erti kesyukuran dan kesabaran dalam hidup,hidup ini selagi tiada cabaran dan dugaan selagi itu kejayaan dan kesenangan takkan dicapai,bak kata pepatah "pikulalah beban di bahu sendiri,carilah kesenangan di atas usahamu sendiri".kejayaan itu tiada ertinya jika bukan kita yang sendiri membina dan merasanya kerana titik peluh itulah menjadi buktinya."percayala wahai teman"kerna ini bukan gurauan!

"hidup ini bagai roda yang tak berhenti berputar,teruskan berjuang selagi terdaya"

1 comment:

  1. to get da great future..we must try da best..so,,chayok2..
    salam ziarah

    ReplyDelete



Photobucket
The Reunion picture

Fathers Day Pictures, Images and Photos
To All Father's in this world


Photobucket
boringnye...!!



Photobucket


Sian Sky Cari Makan Sendiri

Photobucket

the 3 small animals be a good friends

Bermula kisah sebuah kehidupan




Photobucket
Pada waktu itu ku dengar sebuah suara tangisan sayup mendayu yang membawah erti kepada seribu kepayahaan si ibu yang melahirkan insan yang bernama cahaya mata,sekali lagi tangisan insan itu kedengaraan yang sememangnya penuh dengan pengertian dalam sebuah permulaan kisah kehidup yang terbina dari perkhawinan dua insan yang bernama ayah dan ibu.sekali lagi tangisan insan itu kedengaran yang lalunya dua tangan ayahnya menyambut kelahirannya didampingi dengan penuh rasa gembira oleh si ayah.syukur bila aku melihat bertapa besarnya nikmat allah yang di berinya berbanding dengan hanya sedikit yang kita lakukan dan bertapa fakirnya kita dalam dunia ibadah dan perintahnya.

Setelah kelahiran itu disambut dengan penuh ketenangan lalu si ayah mengazankan anaknya ketelinga dengan harapan si ayah agar anaknya menjadi insan yang berguna dan menjadi khalifah allah yang taat dan setia pada perintahnya.terlintas di fikiran si ayah yang mula memikirkan tentang “persekolahan,duit,makan,baju,dll’ahhhrr…namun si ayah masih berani dan tenang mengatasi segalanya,pada waktu itulah si ibu berjaga di rumah menyusukan si anak dengan penuh kesabaran dan rasa gembira di hati dan berharap si anak suatu hari menghargainya dengan penuh kesyukuran atas pengorbanannya,aku sebagai penulis ini menaruh hati dan berkata “hai ibu jangan la engkau bersedih kerana suatu hari akan ku balas segala jasa dan pengorbananmu selama ini”ku rasakan detik itulah perlu aku fikirkan buat selama-lamanya,walaupun masa tu aku masih kecil kan heheh..,kalau korang?.

Ingatlah ketika itulah si ayah mula mengerah tenaganya mencari nafka untuk anaknya mahupun kita semua la kat blog ne yang bergelar anak…,bayangkan dari pagi sampai ke petang pengorbanan yang di lakukannya semata-mata kerana anak dan isteri yang disayangi,begitulah kasih dan sayang si ayah pada kita tanpa mengira penat dan lelah berkerja dan berusaha agar anak-anaknya hidup dengan selesa dan bahagia.cuba la lihat bertapa payahnya ayah dan ibu membesarkan kita dengan hati dan perasaan yang penuh kesabaran,adakah anda mampu?,kalau aku…,aku rasa bnyk lg perlu di pelajari dari mereka..itulah sebab kita perlu mengingat dan menghargai pengorbanannya dan meletakkan mereka di setiap hati kita dgn penuh cinta dan rasa bersyukur atas nikmat yang diberi oleh allah yang tiada tandingannya itu.

sekian lamanya sudah kita hidup bermula dari zaman kanak-kanak dan berakhir dengan tua yang mendatang dan ajal yang menanti….

Sekian…. “tak tau nak tulis ape lg” wawawaw…

Cerita Tentang Kisahku




Photobucket
Ini cite aku kawan,masa cuti semester tu aku habiskan masa bercuti di umah family angkat aku kat port Dickson,pada mulanya aku rasa bagaikan happy sekali..aku rasa amat bersyukur walaupun aku ne anak angkat je, tapi mak n ayah aku buat aku macam anak kandung dorang sendiri aku rasa bagaikan macam aku ada kluarga kandung lagi satu,aku ada abg angkat yang amat menyayangi aku namanya abg key..dia la memperkenalkan aku dengan familynye..,aku dengan dia dah hampir genap dua tahun dah jadi adik-beradik dia mmg baik macam mak n ayah dia juga.

Segalanya yang ayah n mak aku layan abg dan adik abg aku yang pempoan tu sama macam dia layan aku juga..,kalau time ayah dah tak keje dia cuti masa tu boleh kata kalau nak kuar shoping memang best dengan kuarga angkat aku ne.yang menariknya kalau kuarga angkat aku ajak jalan-jalan kuar gi port Dickson time tu la dorang ajak gi shoping than masa tu la juga semua orang dapat duit dari ayah seorang2 ,aku pon tak ketinggalan ,aku rasa berat hati aku bila nak terima duit sebanyak tu dari ayah angkat aku n rasa segan pon ada ye la kan aku ne pon anak angkat je yang tompang hidup.itulah aku bagaikan tak sangka ayah n mak angkat aku begitu baik sekali melayan aku macam anak kandungnya sendiri..,aku bagaikan kat dalam rumah kuarga kandung aku sendiri rasanya.syukur la aku rasa amat bertuah dapat berkenalan dengan abg angkat aku tu,dan rasanya ini memang pemberian allah yang aku seharusnya patut mensyukurinya,aku tak tau lagi macam ne nak balas budi dan jasa kuarga angkat aku yang selama ne dah banyak membantu aku.

Dan..tiba-tiba pula aku rasakan semenjak 2-3 hari kebelakangan ne ada je yang tak kene pada aku..dan ada je yang benda yang tak betul berlaku dalam hidup aku ne….,citenye macam ne..aku tak tau la..dalam dua tiga hari kebelakangan ne banyak kesalahan dah aku lakukan dalam umah kuarga angkat aku ne..,hari tu aku tak sangka macam mana aku boleh patahkan kunci bilik mandi tu..time tu aku nak buka pintu tu nak masuk la..than aku tarik,aku ingatkan pintu tu x tekunci rupa-rupanya kunci pintu tu dah terpasang dan aku tarik je la dan masa tu abg angkat aku ada kat dalam toilet tu aku nak masuk toilet tu sebab nak kejar dan pukul dia time tu aku gurau senda dengan dia sampai la aku tarik pintu toilet tu..dan apa lagi dah patah….,ADui!! Abis la aku kena marah kalau ketahuan dengan ayah angkat aku yang aku patahkan kunci pintu tu..,time tu ayah angkat aku tak da kat umah sebab dia keje hari tu ,dia ada kat segamat.sampai la hari jumaat tu ayah angkat aku dah pulang gi pd dah dating umah..,aku dah takut semacam dah…eeee..segannya rasa macam mana la aku nak letak muka aku ne.than after that aku sangkakan ayah angkat aku nak marah,time tu kite orang semua makan tengah hari ..aku pon makan la dan jantung aku pon berdegup2 rasa macam tak selesa je nak makan takut2 kene marah..,sampai la dah habis makan ayah angkat aku tak marah2 pon dia senyap je macam tak da benda yang berlaku..rupa-rupanya bukan aku yang kene dengar bisingan ayah angkat aku tu tapi abang angkat aku..,terus aku tak kuar-kuar lagi dari bilik tu..aku rasa macam dah bersalah besar dah…,padahal benda tu aku yang buat orang lain yang dah kene bisingan ayah…,hey!!..aku rasa geram dengan diri aku hari tu kenapa la aku cuai sangat dan tak da rasa segan dengan benda orang kalau dah di rosakkan, sepatutnya benda tu aku dah terfikir dah dalam otak aku ne.

Hari dan minggu setrusnya pula cite nye aku cuai juga..,hari tu dah petang aku nak masuk umah nak mandi..gi siap2 solat maghrib, pas tu aku masuk la gi toilet gi mandi..dah habis pakai shampoo..berus gigi,than pakai shower aku pon bilas la badan guna paip sebab time tu aku malas nak guna air hujan2 tu heheh..than after that aku pon bilas dan bilas…pas tu aku gosok rambut aku dan naikkan paip atas kepala aku tiba2 kene plak percikan air tu kat lampu toilet tu terus meletup…,aku pon satu “BODOH”, tak ingat lampu tu jarak dia memang tak tinggi sangat memang rendah je…,yang aku plak pakai paip buka air macam air terjun je kuatnya hey!!!...satu juga la bingainye..dah ada air hujan2 tu tak di guna..kan dah kene ..itu la…lain kali ini la pengajarannya kawan2 bila orang yang cuai macam aku ne..memang tak sesuai tinggal kat umah orang lain…eeee…geramnya entah apa la lagi yang jadi pada aku lepas ne….

Aku pon tak tau apa la jadi pada aku ne sampai cuai macam tu sekali..,aku rasa selama ne tak da pula aku macam ne..dalam seumur hidup aku ..asik ada je yang benda tak betul aku buat..eeee…malas la hidop kalau macam ne..tak da guna juga hidup kalau begini la malang nasib ku.tapi papun aku kene percaya pada diriku sendiri,dan aku kene yakin dan gunakan akal aku ne dengan sebaik-baiknya..supaya tak cuai lagi macam tu.aku ne pon dah besar juga kene la fikir juga jangan la jadi bodoh macam budak tak da akal lagi.abang angkat aku pon dah banyak kali pesan dan bagi nasihat tapi semuanya bagaikan mencurahkan air kedaun keladi aku buat..,dan akibatnya tengok la!.. tak salah juga cakapnya.nasib baik la aku ne beruntung la dapat kuarga angkat baik macam kuarga abang angkat aku ne..kalau aku di takdirkan bertemu dan dapat kuarga angkat yang tak da kesabaran dengan orang macam aku ne dah lama aku kene halau dari rumah dan di maki hamun pas tu kene marah lagi.

Buat masa ne syukur Alhamdulillah..ke atas allah, pada kuarga angkat aku dan pada kuarga aku kat sabah juga. Dalam hidup aku satu je yang mesti takkan aku lupa nanti..nak tau tak ape bendanya? ibadahku,ilmuku,orang yang ku kasihi dan ku sayangi mama papa,ayah dan mak angkat ku,abang angkatku dan insan yang selama ne banyak membantu aku dalam memberi tunjuk dan ajar dalam hidupku (guru2) serta rakan2ku. Aku sedar selama ne banyak dah silap dalam hidop ni aku lakukan sama ada dalam akademik mahupun ibadah. Tapi segalanya aku harap semuanya akan baik dan mampu aku perbetulkan di masa akan datang insyaallah. Buat masa sekarang aku perlu banyak lagi mempelajari ilmu dalam hidup ne..tak kira la apa ilmu sekali pon asalkan bukan ilmu hitam heheheh….,ku harap semoga semuanya berakhir dengan perkara-perkara yang baik dan bukan yang jahat insyaallah. Yang lemah tu datangnya dari aku sendiri dan yang baik serta betul itu datangnya dari allah s.w.t.

hahah...Bengang dengan roommate? Tak tahu apa nak buat? GEt ready for the payback time..

ada tips di sini!

1. Setiap hari Jumaat, pack segala barang anda dan bagitau kat roommate anda nak balik kampung. Selepas sejam, balik ke bilik & terangkan bhw takde org kat rumah. Unpack segala brg anda & pegi tidor.

2. Setiap kali roommate anda balik, jerit sekuat hati" horee...kau dah balik". Lepas tu menari dlm 5 minit. Lepas tu, tenung jam lama2 dan tanya dia "Sepatutnya kau dah blah dah skrg"

3. Buat2 terjaga pd tengah malam, jerit kuat2 " Tolong, kat mana aku berada ni?" dan lari keliling bilik tu. Kalau bilik kecil, cukuplah sekadar melompat 2-3 kali. Kemudian, sambung tidor. Esoknya, kalo dia tanya, pura2 tak tahu apa yg dia cakap.

4. Ambil marker, buat bulatan kecil kat lengan anda. Besarkan bulatan tu setiap hari sambil berkata "Dah merebak... dah merebak!"

5. Beli pepokok bonsai. Bercakap & tidor dengan pokok tu setiap hari. Selepas seminggu, bertengkar dgn pokok tu dan cakap "Aku tak boleh hidup sebilik dengan kau lagi" sambil keluar & menghempaskan pintu bilik dgn kuat...Buang pokok tu tapi biarkan pasu kat situ.

6. Beli pisau banyak-banyak. Tajamkan setiap malam sambil merenung roommate anda sambil berkata "Tak lama lagi...tak lama lagi..."

7. Duduk didepan papan chess dua-tiga jam tanpa buat apa2 atau cakap apa2. Lepas tu bangun secara tiba2 sambil berkata, "Siot betul, kalah lagi"

8. Setiap kali roommate balik, tutup lampu dan tidor. lepas dia keluar, bangun dan menjerit dgn kuat "Horee...!". bukak lampu semula.

9. Pakai topi kertas. Bila dia balik, cakap "Selamat Datang ke McDonald. Boleh saya ambil pesanan anda..." Lepas tu buat muka bodoh, sambil berkata "Eh, kau rupanya..."

10. Kata kat roommate "Ada pesanan penting untuk kau". Lepas tu buat2 pengsan. Lepas 2-3 jam, bangun dan cakap yagn anda dah lupa pesanan tu. Kemudian, cakap "Eh...aku dah ingat". Lepas tu pengsan balik.

12. Kalau roommate suka gosok gigi kat sinki, perhatikan sampai habis. Lepas dia habis, cakap dengan dia bhw anda kena ajar dia cara mengosok gigi dengan betul.

13. Edarkan risalah ke kawasan kedai/rumah kedai berdekatan rumah/kampus. Dalam risalah tu, nyatakan bahawa roommate anda hilang. Letak sekali gambar dia dlm risalah tu. Tawarkan hadiah kepada sesiapa yg menjumpai roommate anda.

14. Bila roommate anda tutup lampu pd sebelah malam, nyanyi lagu opera sekuat hati. Bila dia buka balik lampu, buat2 muka bodoh dan confused.

15. Duduk & renung roommate dlm 2-3 jam. Kalau boleh, bawa member2 sekali sambil makan kacang & popcorn. Buat macam tengah tengok wayang.

16. Masa roommate tiada, ambil deodoran dan sapukan pada seluruh dinding bilik. Bila dia balik, puji bahawa bilik berbau wangi. Lakukan selalu sampai deodoran tu habis.

17. Kalau roommate ada binatang peliharaan, spt kucing, offer utk beri makan kpd binatang tsbt. Cepat2 keluarkan botol gam atau minyak rambut sebelum dia beri persetujuan kpd kau.

18. Pegang & gosok-gosok rambut roommate anda sambil berkata "Rambut kau hitam, lurus dan berkilat la...Macam teknik rebonding...". Sekali-sekala buat masa dia tengah tidur.

19. Mase roommate tido, bungkus dia macam kafan mayat (siap ikat), pastu panggil member dlm 10 bace yasin ramai2.
bile rumet jage pakat2 buat x nmpk ape2.

20. Sebelum roommate balik dari kelas, bungkus diri sendiri macam kafan (siap ikat jugak) pastu baring senyap-senyap atas katil dia. Mesti dia terkujat sampai pengsan bila masuk bilik tengok2 ada mayat.

di petik dari rakanku mpti_faizal@syok.org

sebuah kisah lawak.....

Seorang guru tadika sedang memupuk rasa percaya diri kepada pelajarnya-pelajarnya. Guru tersebut meminta mereka untuk memperkenalkan diri sekaligus memberitahu tentang cita-cita mereka.

Abu berdiri dan berkata, "Nama saya Abu bin Dolah. Bila besar nanti saya ingin jadi juruterbang, jadi bolehlah saya pergi ke Australia, Eropah, Iraq dan sebagainya".

"Bagus Abu. Terima kasih. Siapa lagi?", tanya cikgu.

Seorang pelajar perempuan yang duduk di tepi berdiri dan berkata, "Nama saya Noni binti Samad. Kalau besar nanti, Noni nak jadi suri rumah tangga dan mempunyai anak-anak yang comel".
"Bagus. Jadi suri rumah tangga merupakan cita-cita yang mulia. Siapa lagi?".

Seman berdiri dan berkata, "Saya Seman bin Leman, bila besar nanti saya bercita-cita untuk membantu Noni mencapai cita-citanya...".

di petik daripada rakan ku mpti_faizal@syok.org